keratan akhbar yang emak simpan dalam wallet emak sejak bertahun tahun lalu,makna di sebalik nama saya, Aliah.
Friday, September 28, 2012
Friday, September 21, 2012
Wednesday, September 19, 2012
USTAZ AZIZI HJ.ABDULLAH DALAM KENANGAN.
Tidak banyak kenangan saya bersama beliau,cuma teringat,pernah sekali ditarik hidung dalam kelas ustaz gara gara terdapat byk kesalahan dalam buku latihan agama. Seingat saya,waktu itu,ustaz memang gemar denda tarik hidung berbanding tarik telinga macam sebilangan guru guru yang lain. Ustaz garang,tetapi ada humornya. Lebih kepada buat buat garang sebenarnya.
Ustaz juga merupakan kenalan abah. Kalau abah jumpa ustaz di luar,bersalam dan bersembang, malu malu saya sembunyi belakang abah kalau ustaz menegur. Itu cerita sewaktu kecil,takut sebenarnya, terkesan dengan garang ustaz di sekolah.
Sewaktu menginjak remaja, kadang kadang terserempak juga dgn ustaz di pekan. Sudah tidak malu,bertanya khabar ustaz,ikut borak kosong sama dgn abah dan ustaz. Waktu itu,saya memandang ustaz sbg seorang yg langsung 'tidak makan tua',masih ada garang di wajahnya. Serius. Tetapi sangat berseri dan bercahaya.
Kala kecil,saya hanya kenal Azizi Hj Abdullah sebagai seorang ustaz, waktu remaja baru kenal ustaz sebagai seorang penulis dan novelis. Acapkali juga membaca hasil karya ustaz kerana saya juga berjiwa seni, galak mengarang,memuisi dan menyajak dalam majalah sekolah dahulu.
Beberapa tahun lepas,terjumpa blog ustaz sewaktu asyik membaca perihal politik. Kagum,karya ustaz masih berkualiti,tiada cacat celanya,susun atur ayat berbaur satira masih menjadi 'trademark' ustaz. Pernah satu malam terlajak waktu tidur,asyik membaca nukilan ustaz di blog. (Laskar Pelangi juga merupakan salah satu filem kegemaran ustaz)
Pertengahan tahun 2011,abah lah yang memaklumkan saya 'kehilangan' ustaz akibat sakit jantung. Terkejut. Seolah olah macam baru semalam saya membaca blog dan mengikuti perkembangan ustaz yang saya kasihi. Dan ya,saya terlepas pandang perihal ustaz kurang sihat sebenarnya.
Kalaupun ustaz hanya mengenali saya sebagai anak kepada salah seorang kenalannya, saya sangat berbangga pernah menjadi anak murid ustaz suatu ketika dahulu. Allah, biar pahala itu terus mengalir buat ustaz Azizi Hj Abdullah,biar sampai akhirat nanti. Ameennn... Al Fatihah.
*link blog ustaz ada saya pautkan di sebelah kanan blog.
sayu membaca bait bait terakhir ustaz.
Thursday, September 13, 2012
hari ini, nur iman cuti sekolah sempena upsr. geram sangat iman dan humaira asyik bergaduh bagai, sengaja saya benarkan mereka bermain dan berkreativiti dengan gunting dan gam,dengan syarat di bawah pengawasan mama. teruja lihat hasil kerja Humaira' seperti di bawah. "saya berjaya buat seoghang bughung" kata humaira dengan penuh confident. errrr....seorang burung?
Wednesday, September 5, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)






