nn

Thursday, May 9, 2013

Tadi tonton YoungAdult di HBO. Tertarik dengan satu scene di dalam bar sewaktu MavisGray mengadu pada Freehauf. "saya mengalami kemurungan" beliau menjawab "buatlah senaman" Yaaaaaa!! Senaman! Itu kata kunci untuk kamu dapatkan mental dan fizikal yang cantik!

Ini serius, kerana saya juga sedang cuba serius dan konsisten dalam bersenam sejak akhir akhir ini  kerana sangat kagum dengan hasilnya. saya ulangi. ini serius! mulakan hanya dengan perkara perkara remeh untuk bangkitkan mood bersenam kamu seperti, memilih pakaian yang buat kamu rasa anggun sewaktu bersenam, errrr....itu cuma top dengan legging sebenarnya,kemudian kamu HARUS memiliki sekurang kurangnya satu yoga mat dan gym ball. Ini murah,tak perlu bagi alasan. Saya sedikit bertuah disitu kerana suami yang hadiahkan kemudian suami juga yang ajarkan cara tekan tubi dengan betul,akn tetapi saya masih lagi gagal 'mengapungkan'diri mcm 'org2 yoga' selalu buat tu. Setiap kali mencuba,kalau tidak pergelangan tangan yg terseliuh,mungkin pinggang atau belakang saya yg sakit. Kemudian baru tersedar,oh..saya ditakdirkan tidak fleksibel. :(

Perkara kedua,kamu harus bersenam dgn muzik yang menarik. Jangan bilang disini kamu suka TaylorSwift,beliau tidak relevan untuk dibawa bersenam. Saya contohkan di sini DriveBy by Train atau LockedOutOfHeaven by BrunoMars. Pedulikan liriknya yg kurang sopan itu,cuba tahan diri jgn ikut nyanyi sama. Satu lagu sahaja untuk satu sesi bersenam. Setkan replay,berulang ulang. Satu lagu untuk satu set senaman. Bermakna,setiap kali lagu mula balik, kamu pun ikut ulang step pertama senaman tadi. satu sesi senaman,5 atau 6 kali ulang lagu ikut kemampuan atau sampai sakit otot. eh.. Mudah,tak perlu tgk jam dan cuba enjoy bersenam dengan lagu. bersenam tanpa lagu adalah hampir mustahil melainkan kamu adalah JillianMichaels.

Eh,tahulah...ramai yang tak faham,kan kan kan. Tak apa,asal kamu bersenam sudahlah,kemudian minum byk air putih. Taknaklah makan ubat kurus bagai,lucu tau,nanti kurus tapi badan tak 'firm' Katakan tidak pada 'spare tire' , 'muffin top' dan 'beer belly' Ya..kamu tak minum bir,tp minum rutbir blh jadi masuk senarai beer belly. :P

Thursday, May 2, 2013

Siapa dah tonton IronMan 3, ya cerita lelaki kaya bodoh sombong yang terbang dalam baju robot tu. Fokus dalam filem tu mula mula sekali adalah 'kita yang mencipta musuh kita sendiri' . Kalau semalam kita cipta gembira,hari ini mari kita cerita cipta musuh kita sendiri.

Jujur lah,semua orang mesti punya musuh sendiri antara sedar dgn tidak. Mudah lagi hendak punya musuh yang ramai tak terbilang kalau kamu itu punya banyak kelebihan ATAU kamu bodoh,sombong,bongkak ,busuk hati dan perasan melampau lampau. Ini serius. Tak dibenarkan ketawa.

Nak menangani musuh juga sebenarnya senang. Buat bodoh. Buat tak tahu. Lawan dgn kebaikan. Habis cerita.

Ok,saya gemar bagi contoh. Tak payah tgk orang lain,tgk diri sendiri ya. Saya pun kadang kadang tercipta  musuh sendiri,kadang kadang tanpa disedari pun,dan saya juga pernah dikalahkan musuh sendiri,kemudian rasa benci geram dan bengang sebab tak dibalas balik. See,kejahatan kamu dibalas kebaikan,kamu lantas kalah,tak perlu tunggu sesaat pun.

Ceritanya begini,beberapa tahun lampau,serius lampau sebab mmg dah lama sangat saat saya baru mahu menginjak remaja. Dah pernah cerita kan,musuh ketat saya waktu itu adalah satu satunya adik saya,yang nakal melampau. Sekarang saya baru sedar,sikap garang keras hati dan suka memberontak saya rasanya berpunca dari rasa mahu mempertahankan diri saya sejak kecil setiap kali bergaduh dgn adik dulu. Haha,serius lucu sebenarnya sbb waktu itu ada ketikanya,saya rasa dipinggirkan kerana bg saya,sepatutnya sayalah yang bongsu. Tapi janganlah kalian semua risau,semuanya kembali normal sekarang,macam saya pernah cerita dalam entri yang lepas.

Berbalik kepada cerita saya,pada suatu petang ,waktu itu rasanya saya baru darjah enam atau tingkatan satu mungkin,ntah tak pasti,nampak tak kat situ,saya sudah hampir 'dewasa'. Dah besar,tapi masih 'mangkaq' dan asyik cari gaduh. Petang itu,pergi ke dapur,lapar sebenarnya,nampak sepotong belacan yang baru lepas dibakar mungkin,entah tak berapa ingat. Tapi serius nampak enak macam sepotong kek coklat lembap. Tiba tiba musuh ketat sy masuk ke dapur,saya panggil dan cakap " zul,mak buat kek coklat,nak makan makanlah" saya buat selamba,muka serius dan cakap sedap gila rugi tak makan bagai. Atas sebab kelaparan,beliau makan dan kemudian nak termuntah,menjerit jerit marah cakap,ini belacannnnnn...tapi syukurlah beliau tak menangis dan pukul saya,sy pula sdh sedia mental fizikal mahu buli balik. Hairannya,beliau tak membalas pun kali ni,nak menambah bengang,saya sengaja cakap padan muka kuat kuat,tapi eh eh mood beliau baik hari itu,selamba berlalu pergi dan main gundam. cisss...saya yang kalah!

Moralnya di sini,ada dua. Jangan percaya cakap musuh kamu dan jahat kalau di balas baik,yang jahat kalah. Sampai sekarang kalau nampak potongan kek coklat macam belacan tu,saya dengan adik selalu ulang cerita balik dan gelak sama sama. Kalian bolehlah cuba cara saya ni untuk buli secara halus seorang adik lelaki yang tak makan saman.selamat mencuba.
Kamu baru dinaikkan pangkat,itu 'gembira besar' gembira jangka panjang. Kamu baru menerima cahayamata baru, itu juga 'gembira besar' dan berjangka panjang. Kamu menerima hadiah harijadi berupa sebuah tas tangan Miu Miu, itu juga 'gembira besar' sudahlah tak perlu keluarkan wang beribu ribu,tak perlu swipe credit card sendiri,tahu tahu Vitello Lux Bauletto sudah ada di depan mata. Gila tahu tak kalau kamu tak gembira secara besar besaran..errr...melainkan kamu adalah seorang lelaki sejati, lelaki gagah yang tak peduli pun siapa Csiriano, siapa Viktor n Rolf, dan pedulikanlah siapa Mat Yaakob itu, errr..sebenarnya itu Marc Jacobs yg sudah 'dimelayukan'.

Saya ibu sepenuh masa,mahu naik pangkat,jauh sekali kerana saya tidak bekerja. Terima cahayamata, saya sudah merasa dua kali,itu pun sudah lama dahulu. Terima tas tangan Miu Miu juga belum pernah,tunggulah 'dana tas tangan' saya tiba tiba menimbun banyak dan bolehlah hadiahkan diri sendiri menjelang hari lahir nanti ,hari lahir ya,bukan menjelang hari raya atau menjelang pilihanraya.

Sampai satu masa saya terfikir dan seorang sahabat saya pernah menyebut pada saya , "aliah,gembira adalah untuk di cipta bukan di cari.ewahh.." eh,yang ewah tu dia betul betul sebut ok,err..dalam twitter.

Lantas,saya mengambil berat nasihat beliau,jadi terfikir,ya..tak perlu menunggu perkara perkara besar berlaku untuk capai gembira. Walhal perkara2  kecil juga boleh buat kamu gembira. Saya beri contoh 'gembira kecil' yang saya pernah cipta' . Tak mengapa,boleh ketawa saja kalau rasa macam bangang ke apa ke..sebab tak ada isu rasa sakit hati disini sbb saya tak nampak kalian semua.

Setiap kali hujan,saya suka benar duduk di tepi tingkap memerhati, menikmati dan'memegang' hujan,malah menghidu bau hujan,gembira sekejap,bangangnya disini,waktu itu hujan lebat,bukan sahaja kawasan tingkap itu habis basah lencun,saya juga turut basah sama. Humaira bilang,mama kenapa main hujan. "mama sedang mencipta gembira syg" jawab saya sedikit bangang.

Setiap kali membasuh baju,saya gemar masukkan sabun sebanyak mgkin ke dalam mesin,biar sampai buih naik sebanyak banyaknya,kemudian main buih sebelum masukkan pakaian kotor,kadang kadang ajak sekali budak2 berdua tu main bersama. Gembira sekejap.

Saya bosan. Buka laman lookbook.nu melihat orang orang cantik disitu,gembira sekejap. Pergi membuang sampah,singgah taman permainan berhampiran dan main buaian,gembira sekejap. Selesai urusan kerja di luar,singgah minum petang,dapat caramel latte kegemaran,gembira sekejap. Hujung minggu bosan,main hide n seek dgn 'kawan baik' gembira sekejap,selagi kawan baik yg usia 5 tahun itu tidak menangis meraung sebab asyik kalah. Sembunyi dalam bakul baju kotor tak cool lah Humaira sbb bakul itu kecil dan awak makin membesar,lagipun kami sudah bosan terpaksa berpura pura tidak nampak, Iman selalu merungut tidak adil. Hilang gembira yg sekejap tadi. ehh... :P

Thursday, April 18, 2013

Saya,orangnya jenis yang tidak boleh dibiar bosan. Kalau bosan khuatir saya akan bertanya yang bukan bukan pada orang yg berada paling hampir dengan saya sekiranya tiada 'benda' hendak dibaca. Memandangkan masa saya lebih banyak di rumah,maka orang paling hampir yang saya akan tanya adalah Humaira'. Entahlah,tapi terhibur benar dengar jawapan merepek dan membabi buta Humaira' itu. Dari situ,dengan mudah,hilang sudah bosan saya.

Sudahlah Humaira' tu kalau berbicara ada pelat Terengganu di sesetgh perkataan yg entah dari mana datangnya (?) contoh ayat " kakak makang  (makan) nasik sedap ni kakak" "kakak! paka  (pakai)kasuk (kasut) cepat" "adik cuma nak pinjang (pinjam)" "nak minung (minum)" . "mama,knp buat macang (macam) ni" Entah. Tak tahu. Jangan ditanya mana dtgnya. Sedangkan mamanya nasi dagang pun tidak makan. Pelik. 

Ok,berbalik kpd soalan bosan saya dan jawapan merepek Humaira' ,saya ketengahkan di sini contoh soalan kegemaran saya sahaja yg kadangkala sy blh tanya berkali kali untuk mengisi ruang bosan itu tetapi malangnya soalan sama,jawapan pelbagai. Humaira' tu betul tak konsisten lah. 

Soalan pertama "kenapa 1+1 jadi 2" 
Humaira bilang "entahlah,tak tahulah,satu tu pergi rumah tok dia kot"
Humaira' jawab malas malas sbb tak minat matematik mcm kakak.

Tonton Dog Whisperer kemudian tanya "kenapa dog tu mcm takut sgt?"
"takut nenek dia pukul"
"knp nenek mesti pukul?"
"sebab makan tak habis"
"macam awak ke,makan selalu tak habis?"
"ye lah..tp tok tak pukul saya" 
Muka bangga,kemudian hidung kembang kempis.

"kenapa hidung awak mcm kembang?" 
Humaira' lama terdiam,memandang sy dgn wajah sedikit marah,dan menjawab "sebab saya anak mama,hidung saya kembang mcm mama"
Kbai.

Sunday, February 24, 2013

Kalian pernah dengar istilah 'kembang' selepas dipuji? Oklah,contoh ayat berbunyi begini "elehh..kembanglah tu kena puji" atau begini "humaira' kembang makan puji". Bunyi macam..eh,tak ada kaitan pun. Akan tetapi,baru baru ini,saya ada terfikir dan percaya benar akan hubungkait puji dengan kembang ni. 

Ok,penjelasan saya begini. Seseorang memuji kamu..cantik,kurus,bijak dan sebagainya. Lepas dipuji semua pun gembira. Kemudian hormon gembira yang berlebihan boleh merangsang nafsu makan kamu tahu! Kalau dipuji kurus,kalian terfikir.. "wahh..oklah dah kurus,diet menjadi,mlm ni pekena nasik kandaq kuah taruh ataih."..konon untuk meraikan penurunan berat badan. Esok esok berat naik,badan pun kembang. Mamak nasik kandaq pula yang gembira. Kenapa kembang? Bukankah asalnya cuma dipuji tadi.

Ok,sebenarnya saya merepek. K Bai.

Friday, February 8, 2013

'Hasil kerja' tangan Humaira'.  Sudah sedia cantik dan tidak di edit cuma di'photogrid' kan sahaja. Humaira? Kembang makan puji sbb mama cakap dia dah besar dan dah pandai ambil gambar.


Saturday, January 19, 2013

MY NUFFNANG