nn

Thursday, March 22, 2012

DRAW SOMETHING

tak tak..ini bukan cerita mengenai aplikasi terbaru Draw Something yang sedang hangat mengalahkan Angry Bird itu..ini cerita tentang Nur Iman dan Humaira yang memang sangat gemar 'draw something' . Hatta di dinding rumah sekalipun. Beberapa hari yang lepas,sepanjang minggu cuti sekolah, tiba tiba rasa sangat rajin mahu buat pertandingan melukis kecil kecilan dengan hadiah 'gula gula hasil rampasan' macam dalam entry Tanpa Nama hari itu...ini hasilnya, tapi dua2 pun saya announced sebagai pemenang sebab taknak mana mana pihak berkecil hati.oklah, berhenti sekejap, sedang menahan telinga dengar Humaira menyanyi chammak challo .....


hasil kerja Nur Iman yang halus, harmoni siap ada jalan cerita lagi..

errrr....hasil kerja Humaira yang tak berapa nak halus, masih comel tetapi agak scary di situ, Humaira cakap "ini adalah saksase" sambil buat gaya ultraman. Lihat di atas sebelah kiri anda, Nur Iman siap tandakan dengan F+ lagi, sudahlah huruf F itu terbalik. kejam tau bagi F+ dekat adik sendiri..

Thursday, March 15, 2012

RENUNGAN YAUMUL JUMU'AH


Saintis Barat hari ini berlumba-lumba untuk menjalankan kajian benih tumbuh-tumbuhan. Benih-benih dijaga begitu elok untuk menghasilkan tanaman yang bermutu. Jika benih tumbuh-tumbuhan pun dijaga sedemikian rupa, kenapa tidak 'benih tamadun' iaitu manusia? Lantaran itu, didiklah anak-anak dengan jagaan iman dan taqwa, kerana dari 'benih' inilah akan lahirnya tamadun ummah InsyaALLAH!! :) ~via TGNA~ 

Wednesday, March 14, 2012

ADIK JANGAN NANGIS, MAMA BUAT KERJA....

Humaira tu kuat betul menangis. Bangun tidur saja ,menangis.... minta susu, menangis.... cari towel tak jumpa menangis...silap pakai baju terbalik, menangis...tengok Upin Ipin, menangis....makan nasi, tak ada ayam goreng, menangis...telur rebus kenduri semalam dah habis, menangis...


Tapi kann, tak boleh salahkan Humaira' juga....sebab mama dia pun macam tu... Hari itu tengok The challenger muay thai, episod Faizal disingkirkan pun menangis, padahal siaran ulangan saja pun... loser! 
syukurlah Nur Iman betul2 macam babah dia, cool !

Tuesday, March 13, 2012

TM - SOURCE CODE

 An action thriller centered on a soldier who wakes up in the body of an unknown man and discovers he's part of a mission to find the bomber of a Chicago commuter train.


Dah dah, jangan malas. Pergi tonton Source Code dan latih otak kanan anda supaya berkerja lebih keras.
rate : 9/10

IJA'S WEDDING @ IPOH (10 MAC 2012)

sekitar majlis perkahwinan anak buah suami di Ipoh. 










IJA'S WEDDING DAY (10 MAC 2012)

Friday, March 9, 2012

THERE WILL BE NO MORE Aliaah Abdullah.....

Eis Kamil , kejadian berlaku sewaktu kita sedang asyik berchatting petang tadi, dan selepas saya minta diri untuk ke dapur sekejap, tiba2 saja FB 'terlogout' dengan sendiri sebab disyaki ada orang lain yang cuba menceroboh masuk FB saya. kemudian,cuba nak log in balik dah tak boleh, siap dah tukar password panjang macam karangan pun still locked... bagus betul, dah lah dalam masa yang sama saya sedang ber'inbox' dengan customer...Eis, saya pasrah..Mark Zuckerberg, blame it on you....


hairan, facebook saya yang bilangan friend listnya tidak sampai 650 orang itu pun kena hacked kah? dahlah semuanya kawan2, saudara dan sebilangan kecil peniaga online sahaja....

Thursday, March 8, 2012

TANPA NAMA

Awalnya mahu letak ' tanpa tajuk', tapi tiba tiba saja teringatkan si Tanpa Nama,hero dalam komik Pedang Setiawan atau versi filemnya Storm Riders...tahukah anda? Mohon buat buat tahu supaya saya tidaklah termalu sendiri.


---------------------------------------------------------------------


Semalam, sewaktu sudah rasa betul betul fully recovered daripada 'sindrom malas nak mampus' itu..berhajat mahu mengemas handbag, yang sudah lama tidak dikemaskinikan . terjumpa 'selambak' candy dalam beg. baru teringat, rupa rupanya sudah banyak 'hasil rampasan' yang saya simpan dalam beg itu termasuklah dengan beberapa biji chewy candy yang sudah betul betul 'menciwi'...


Gula gula yang selambak itu adala hasil rampasan kerana sungguh tidak suka anak anak saya menjamah gula gula, jadi , setiap kali suami beli, saya akan rampas 'secara halus' dan simpan dalam beg atau di tempat yang tinggi2. tak tahu pula 'sikit sikit , lama lama jadi bukit'. memang betul2 banyak dan berhajat mahu simpan saja buat koleksi, nanti bila tiba waktu birthday bash Nur Iman, masukkan sekali dalam goodie bags.. Haih, mama kejam! ok,tak mengapa, tak perlu datang birthday bash Nur Iman nanti atau tak perlu ambil goodie bag itu, hehe.....


----------------------------------------------------------------------


ok, loser... lagi! Tanpa Nama bukan hero, tapi cuma seorang 'tok guru' kepada Awan dan Badai sahaja...jangan bicara tentang komik kalau anda bukanlah seorang pencinta komik!

Tuesday, March 6, 2012

SLEEPING BEAUTY SYNDROM

hypersomnia 1 :
hari itu, jam 12.am sudah terlelap. (sangat luar biasa sebenarnya untuk pengidap insomnia seperti saya ini.) bangun subuh sekitar jam 15 minit lagi hampir ke pukul 7.. mengengsot ngengsot malas ke bilik air. ini serius. betul2 macam Gary si siput babi. Usai solat, mengengsot lagi naik ke atas katil, sambil mengengsot, sambil buka telekung, dan terus 'pengsan'...


hypersomnia 2 :
bangun sekitar jam 9-10.am, mengngsot lagi pergi ke bilik sebelah kejutkan Nur Iman mandi untuk ke sekolah. baring sebentar di katil Nur Iman sekitar 10minit sementara beliau mandi. ok, tertidur di situ sekejap. bangun. siapkan makanan untuk bento dan brunch Nur Iman tanpa mandi terlebih dahulu. settle, terus menuju ke sofa. 'pengsan sambil menonton' kdrama.


hypersomnia 3 :
pukul 1.30.pm baru terhegeh hegeh nak bangun , mengengsot lagi pergi ambil towel, berusaha bangun berdiri sekejap dan pergi mandi, solat , situasi lepas solat zuhur hampir sama macam sewaktu solat subuh tadi, tapi kali ini 'pengsan' di birai katil sahaja dengan telekung masih belum di buka. 


bypersomnia 4 :
bangun sekitar 4pm, untuk pengetahuan, lepas solat tadi sempat buka FB dan 'terbiar' online begitu sahaja.tertidur sekejap dengan kepala betul betul di atas keyboard, abaikan FB, mengengsot lagi pergi depan dan berebut remote dengan Humaira'. saya menang,  check.. kalau kalau ada Muay Thai Challenger kah, atau apakah, tak ada..ok,bagi balik remote dekat Humaira', bermalas malasan di sofa, hampir 'pengsan' lagi, syaitan pergi main jauh2, mahu solat asar, otw nak pergi ambil wudhuk tadi sempat buatkan susu humaira dan kami makan2 ringan di dapur sambil saya terlentok betul2 di tengah tengah laluan masuk ke dapur. berjaya untuk berjalan pergi ke bilik, tidak lagi mengengsot, solat Asar dan errrr....ulang situasi tiap2 kali lepas solat tadi.


hypersomnia 5:
sama, mengengsot, terlentok, berbaring, bermalas malasan,tertidur di merata rata tempat dan sebagainya, sekitar jam 12-1.am, sudah masuk tidur


situasi2 ini berulang hampir setiap hari sepanjang 1 minggu lepas, dan hampir setiap hari itu juga, saya tidak keluar rumah langsung. syukurlah, semalam, sudah 'pulih' sedikit, dan baru terfikir, biar kena insomnia daripada terkena hypersomnia. *sigh




Hypersomnia
"Kalo pengidap insomnia suka susah tidur dan terjaga terus sepanjang malam sementara itu manusia hypersomnia punya jatah tidur yang lebih banyak ketimbang orang normal. Biasanya kita udah merasa segar bugar kembali setelah tidur 6-8 jam sehari namun si hypersomnia bisa betah tidur selama lebih dari 8 jam. Mungkin dia perlu sekitar 10-15 jam tidur sehari seperti kebutuhan bayi. Itupun belum jaminan mereka akan fresh lagi ketika bangun nantinya." 


*ok, kenapa bila tiba bab menerangkan maksud istilah Hypersomnia terus jadi cewek gitu?  ya..sebab ini adalah artikel 'copy paste' dari blogger Indonesia (danieland.multiply.com) 


wahai pengkritik surirumah sekalian, ini baru betul "surirumah kah? tak boring ke duduk saja kat rumah? syoknya tak buat apa..." itupun lepas dah terkena 'penyakit' yang macam ini....hakikatnya, kerja kami tidak pernah habis, harap maklum.

MY NUFFNANG