nn

Friday, January 27, 2012

HADIAH TERINDAH !!

sampaikan salam buat baginda..melewati Raudhah yg dirindui ibarat berada ditmn2 syurga..terasa ketenangan yg tiada bandingannya..khatimul anbiya wal mursalin...


Monday, January 23, 2012



giliran saya (humaira') pula menghitung hari menunggu 'hari dewasa' ...
mama sangat excited!


semalam mama marah marah, saya membalas dengan nada lembut sambil senyum, saya cakap "mama jangan mengada-ngada nak marah.." ok, mama kembali senyum..mama cakap itu salah satu tanda tanda awal 'kedewasaan' saya...sudah pandai guna perkataan 'mengada ngada'.. LOL



Sunday, January 15, 2012

BAD HAIR DAY!!!

Tak tak...ini bukan cerita pasal hari di mana rambut saya tak mahu behave, mengerbang,split ends dan sebagainya. Tetapi hari di mana, apa sahaja yang saya buat semuanya 'tak menjadi' ..ya, hampir semuanya tak menjadi... Saya asyik buat silap tanpa sengaja, asyik kena marah, macam semua orang pun merajuk dengan saya...apa yang saya buat pun tak kena...semuanya tak kena!! bermula seawal pagi lagi ....


Pagi2 lagi mahu sms perkara penting pun, tiba2 tak boleh....kemudian keluar lunch , waiter tersilap dengar menu yang saya pesan,minta tukar, waiter yang berkenaan terus mengomel marah2 saya. Makcik cleaner toilet shopping mall tadi pun marah saya sebab masuk toilet OKU secara tak sengaja..eh ..tak, sebenarnya sengaja curi2 masuk sebab dah tak tahan dan toilet sangatttttttttttt penuh ketika itu..ya,saya janji tak buat lagi.. dan seterusnya sampaiiiiilah sekarang,macham-macham, masih ada yang tak kena..


Allah..berharap hari esok dan seterusnya lebih baik dari hari ini... *sad



Sunday, January 8, 2012


Andai perjuangan ini mudah, pasti ramai menyertainya,
Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan, pasti ramai yang tertarik padanya,
tapi...hakikat perjuangan bukan begitu,
turun naiknya, sakit pedihnya,
umpama kemanisan yang tak terhingga..
Andai rebah, bangkit semula..andai terluka, ingatlah janjiNya..

SELAMAT BERJUANG!

-credit : iluvslam.com-


selamat berjuang! Allah knows the best!

*oh ya...baru 'tweet' abah the latest news, rindu mahu sembang dgn abah !! teringat...mesti bernaskhah2 paper yg abah beli esok..hehe



Saturday, January 7, 2012

RESOLUSI TAHUN BARU

AZAM TAHUN BARU saya? tiada!! nada!!
seingat saya, sepanjang usia, sewaktu orang lain sibuk menyenaraikan azam tahun baru masing2 dan sedaya upaya cuba merealisasikan azam mereka..saya langsung tidak melakukan perkara serupa, sedangkan sambutan tahun baru pun saya tidak pernah ambil tahu, bagi saya, cukuplah dengan sambutan Maal Hijrah yang ada...
Sudahlah..tak perlu azam panjang berjela kalau sampai terlalu memaksa.. tapi saya percaya, tahun baru selalunya membawa semangat baru..ya, cukuplah dengan semangat baru!! .malah, tak perlu tunggu tahun baru pun untuk mulakan langkah baru...oh ya...saya dah pun memulakan langkah baru saya seawal November tahun lalu..ingat.. Allah selalu memberi yang terbaik, selalu mendengar dan selalu ada...

Thursday, January 5, 2012

'PENCURI' ROTI

perkara yang menjadi dilema setiap hari sejak anak mula bersekolah ini ialah 'bekal makanan apakah yang akan dibawa esok'.. sungguh, sangat menjadi dilema...macam satu masalah yang besar, padahal Iman bukanlah cerewet sangat macam Humaira tu makan...


so, semalam, macam biasa, setiap hari Iman akan request bekal apa yang nak dibawa esok, semalam dah beli sebungkus roti Massimo sebab Iman berhajat sgt nak bawa 'sandwich 3 rasa' . ya 3 rasa, sebab dia ckp macam ini "mama, saya nak roti dgn telur (scramble egg), lepas tu letak strawberry (jam), yang satu lagi letak coklat (nutella sebenarnya) " bahagianya sebab mudah sangat bekalan yang 'di'request...tak perlulah menumis, menggoreng nasik bagai... 


so, pagi tadi (lewat jam 10) sewaktu hendak prepare sandwich 3 rasa....roti hilang!!!..soooooooooooooo suddenly!!! tinggal sekeping sahaja, itupun bawah sekali bahagian yang keras...tertanya tanya siapa yg makan separuh dari bungkusan roti tu sebab semalam memang suami ada makan tapi awal2 lagi saya dah pesan jangan habiskan sebab nak buat bekalan Iman....


dan.....saat saat genting macam ni lah jugak selalunya Humaira hilang....Iman dah merungut2 sebab tak dapat nak bawa sandwich idaman..rumah sedikit kecoh waktu itu,dalam kekecohan mencari humaira (sebab memang beliau suspek utama kami) tiba2 langsir ruang tamu bergerak gerak, ya..memanglah bergerak gerak sebab ada 'pencuri roti' di sebalik langsir sana, bukti nyata,kami menemui beliau sdg tersengih sengih belakang langsir sambil memegang 3 keping roti Massimo yang dicari cari tadi... baki?.dah masuk perut... pelik..sejak bila dia suka makan roti? makan pulak kat belakang langsir macam mama ni tak bagi makan.. *sigh




WHO IS YOUR FAVOURITE VLOGGER?

sanggup menghabiskan masa berjam jam menonton video-video mereka di youtube..masing-masing punya cara tersendiri dalam menggambarkan lifestyle, culture dan negara masing masing...they're both enormously talented!!!



Yousef Erakat a.k.a fouseytube


fenomena hummus dance yang di bawa oleh Yousef...


****************************************

Mat Luthfi a.k.a matluthfi90









Oley!  (vs Sembang rakyat) - thumbs up matluthfi !!

















Made by Malaysian project! good job !!




Anwar Hadi? he's got a package, brilliant, handsome, a very good english accent bla bla bla....but, still tak boleh mengalahkan tahap sense of humor yang ada pada Matluthfi dan Yousef ....kadangkala mengontrol kehenseman itu tidak lagi terlalu penting...lihat saja bagaimana Yousef bersusah payah memainkan peranan kesemua watak daripada, ayah, ibu, nenek hatta adik perempuannya sekalipun tanpa perlu 'mengontrol hensem'...oh ya..maafkan kesalahan tatabahasa dan penggunaan imbuhan saya.dah lama tak ke sekolah. *wink


(memandangkan saya amatlah 'straight', maka tidak minat vlogger perempuan...ampun maaf.)


update : matluthfi dah tak best! booo..

Wednesday, January 4, 2012

IMAN'S FIRST DAY OF SCHOOL













*note : tuan blog malas menaip!


gambar Iman dalam kelas tak ada sebab cikgu2 kat situ semua 'kejam', tak benarkan parents berada di kawasan sekitar kelas...



MY NUFFNANG