nn

Thursday, April 18, 2013

Saya,orangnya jenis yang tidak boleh dibiar bosan. Kalau bosan khuatir saya akan bertanya yang bukan bukan pada orang yg berada paling hampir dengan saya sekiranya tiada 'benda' hendak dibaca. Memandangkan masa saya lebih banyak di rumah,maka orang paling hampir yang saya akan tanya adalah Humaira'. Entahlah,tapi terhibur benar dengar jawapan merepek dan membabi buta Humaira' itu. Dari situ,dengan mudah,hilang sudah bosan saya.

Sudahlah Humaira' tu kalau berbicara ada pelat Terengganu di sesetgh perkataan yg entah dari mana datangnya (?) contoh ayat " kakak makang  (makan) nasik sedap ni kakak" "kakak! paka  (pakai)kasuk (kasut) cepat" "adik cuma nak pinjang (pinjam)" "nak minung (minum)" . "mama,knp buat macang (macam) ni" Entah. Tak tahu. Jangan ditanya mana dtgnya. Sedangkan mamanya nasi dagang pun tidak makan. Pelik. 

Ok,berbalik kpd soalan bosan saya dan jawapan merepek Humaira' ,saya ketengahkan di sini contoh soalan kegemaran saya sahaja yg kadangkala sy blh tanya berkali kali untuk mengisi ruang bosan itu tetapi malangnya soalan sama,jawapan pelbagai. Humaira' tu betul tak konsisten lah. 

Soalan pertama "kenapa 1+1 jadi 2" 
Humaira bilang "entahlah,tak tahulah,satu tu pergi rumah tok dia kot"
Humaira' jawab malas malas sbb tak minat matematik mcm kakak.

Tonton Dog Whisperer kemudian tanya "kenapa dog tu mcm takut sgt?"
"takut nenek dia pukul"
"knp nenek mesti pukul?"
"sebab makan tak habis"
"macam awak ke,makan selalu tak habis?"
"ye lah..tp tok tak pukul saya" 
Muka bangga,kemudian hidung kembang kempis.

"kenapa hidung awak mcm kembang?" 
Humaira' lama terdiam,memandang sy dgn wajah sedikit marah,dan menjawab "sebab saya anak mama,hidung saya kembang mcm mama"
Kbai.

No comments:

Post a Comment

MY NUFFNANG