nn

Tuesday, January 8, 2013

sekitar usia saya 10-11 tahun dahulu,saya pernah tercekik tulang sewaktu sedang makan tengahari. Emak cakap tulang ikan cencaru,seingat saya tulang ikan bawal putih,entah..tak ingat.. Agak teruk situasi waktu tu,semua panik,abah kelam kabut minta saya buka mulut luas luas,saya pula menangis rasa macam dah nak mati, drama queen sangatttt! padahal tak sampai 5 minit saja tulang tu dah berjaya abah keluarkan. Seingat saya,emak sahaja yg cool waktu tu sambil mengepal ngepalkan nasi putih minta saya telan.

Lepas kejadian tu,jadi baik sekejap..kan pernah cerita waktu kecil suka bergaduh teruk dgn adik,lepas tu ada mencuba jadi kakak yg baik sekejap but seriously cannot tahan lah dengan tahap nakal adik saya tu,terus jadi kakak yang kejam dan suka cari gaduh balik..

Untuk pengetahuan, lepas kejadian itu juga,saya tidak pernahhhhhhh lagi makan ikan. setahun mungkin ..atau lebih kot. Tak ingat. Kecuali ikan sardin dalam tin.ikan bilis yg masih ada tulang halus halus pn sy ketepikan. Makan laksa pun sebelum masukkan kuah,saya tak akan gaulkan kuah laksa dalam periuk,bimbang isi ikan dalam kuah laksa masih ada tulang.

Sampailah satu ketika,terpaksa juga makan ikan setelah sekian lama tidak makan ikan atas alasan saya dibesarkan dalam keluarga yang kurang makan ayam kerana menurut abah ikan dan sayur lebih menyihatkan dan emak juga memang langsung tak makan ayam.

Akan tetapi,sangatlah tersiksa nak melayan karenah saya makan ikan. Dulu,emak atau abah akan asingkan tulang dahulu utk saya baru saya berani makan. sampai sekarang pun,kalau makan ikan,suasana sekeliling tak boleh bising, tempat makan haruslah terang benderang supaya mudah fokus dan mudah nampak tulang yg halus halus tu,ini bermakna kalau makan di luar,jarang benar nampak saya makan ikan sebab pernah satu ketika,saya ditegur org sbb nampak teruk sgt sy makan ikan,membelek belek sampai muka mcm nak masuk dlm pinggan gara gara khusyuk sgt membuang tulang dan saya juga adalah seorang yang rabun matanya..haishhh...perfect!

Sekarang,giliran suami pula jadi mangsa asingkan tulang sebelum saya makan ikan. Siapa suruh gila memancing lepas tu bawak balik ikan fresh fresh. Gilalah tak makan. Tapi jgn haraplah saya nak makan ikan terubuk. neverrrr!

No comments:

Post a Comment

MY NUFFNANG