nn

Sunday, December 30, 2012

Sepatutnya saya mengupdate blog dgn gambar dan cerita waktu remaja saya sekarang. ini adalah cubaan kali pertama update pada waktu siang..biasanya waktu tengah malam sahaja,usai kerja rumah dan uruskan keluarga. Agak mencabar kerana anak2 sedang menjalani hukuman 'tidak boleh tengok tv' sejak pagi td atas beberapa kesalahan tatasusila dan hanya dibenarkan membaca buku,melukis dan mewarna saja. Barbie pun tidak dibenarkan. Kejam. tapi saya harus jadi begitu.

Kalau sudah namanya kanak kanak yang sedang membesar. Bagilah sebesar besar hukuman pun,main tetap perkara nombor satu. Baru saya hendak memuat naik gambar sambil meniarap di atas katil, Humaira perlahan lahan sudah ada di belakang saya,memanjat dan mengajak saya bermain. Imaan pula tiba tiba sudah ada di birai katil bertanya itu dan ini sambil memegang beberapa buah buku cerita.

Terfikir mahu membebel..tapi rasa bersalah,kerana itu adalah salah satu nikmat saya menjadi ibu. Dan sedang saya menaip entri ini,Imaan dan Humaira sudahpun hilang,tiada lagi di dalam bilik,di sebelah mahupun di belakang saya dannnn.... handphone saya juga hilang,dibawa lari bersama,masuk dalam bilik mereka dan main game.. haishhhh...mati akal mahu bg hukuman apa lagi.

Friday, December 28, 2012


Gambar 25 disember 2012
Sempena kenduri aqiqah anak saudara saya di Bukit Mahkota.
Chomelnya yang di tengah tu,betul betul macam Afdlin Shauki.
Kesayangan kami empat beradik.
Chomel juga gambar ini sebab saya nampak tersepit di situ.haha..

Thursday, December 13, 2012

Saturday, December 8, 2012

HAPPY BIRTHDAY TO ME!


Well.... plain and pale birthday girl! ;)

Friday, December 7, 2012






Dah tanya Iman tadi,waktu bilalah mama babah ketawakan dia sebab rajin pergi sekolah. Imaginasi tu tinggi sangat kenapa ntah..ok,sorry..mama betul betul nak ketawa sekarang! Hahaha..
Hasil karya Iman dan Humaira



Thursday, December 6, 2012

Musim cuti sekolah bermakna musim 'berperang' anak anak saya. Sekejap sekejap yang kakak menangis,sekejap sekejap yang adik pula menangis. Last last mama pulak yang menangis sebab penat sangat tak tahu nak buat apa. Nak mengeluh pun tak sanggup,sebab kalau difikir fikirkan balik,dengarlah puas2 sebelum anak2 semua menginjak remaja,berkurung dalam bilik layan fb,twitter bagai,rumah pun jadi sunyi. Malah,saya percaya,dewasa kelak,mereka akan menjadi sahabat yang palingggg baik antara satu sama lain.

Saya sendiri mengalami semua itu. Saya adalah anak keempat dari lima beradik,anak perempuan bongsu dalam keluarga dengan seorang abang,dua kakak dan seorang adik lelaki. Ya,adik lelaki! Waktu kecil saya bunyinya macam 'neraka' sangat dgn adik lelaki yang nakal nak mamp...opss. 

Abah saya merupakan seorang bekas tentera. Tegas. garang. Sangat garang sebenarnya. Meskipun garang,abah tidaklah sam
pai kerap memukul tanpa sebab.  Pukulan abah pun tidaklah sampai memudaratkan. Akan tetapi siapa yang paling kerap dipukul? Ya. Saya,adik,saya,adik,saya dan adik. Atas alasan, kuat bergaduh. 

Adik saya merupakan orang teratas dlm carta orang yg paling saya benci waktu itu. Saya gemar merosakkan brg beliau atas alasan balas dendam dan beliau pun akan melakukan perkara sama..dan kami pun bergaduh.

Abah belikan masing masing sebuah basikal,tiba tiba suatu petang sewaktu saya sdg tidur.basikal saya hilang. saya mengamuk. adik buat selamba beri alasan basikal beliau macam sudah terlalu kecil untuk badan beliau yang semakin membesar.

Tiap tiap pagi emak kejutkan kami. Saya dan adik jugaklah orang yang pa
ling liat bangun. Bila emak bising bimbang terlewat ke sekolah,kami berebut rebut bilik air. Bergaduh lagi.

Meskipun kami org utara. Abah melarang keras kami membahasakan diri 'hang' dan 'aku' . Kasar bunyinya kata abah,tapi saya kerap melakukan itu dengan adik secara diam2 di belakang abah tiap kali bergaduh. adik kejam,mengadu pd abah. "abah,tadi kak aliah cakap hang,aku." ok.fine. kena marah. masuk bilik. nangis. sumbat telinga dgn walkman dan melukis. haha

Suatu ketika,abah sibuk dan ada mengupah seorang ustazah datang ke rumah tiap tiap petang untuk mengajar alquran. Ustazah Siti. Garang orangnya.Satu hari,ustazah bertanya saya,sayang adik atau tidak. Saya pantas menjawab. Tak sayang,benci, dia jahat. ustazah jawab "tak baik ckp dia jahat,nakal.bukan jahat.normallah budak2". 

Setiap kali cuti sekolah,abah akan daftarkan salah seorang dari kami menyertai Summer Camp. Saya ingat lagi kakak turut serta kem di UUM,tahun berikutnya saya pula di sebuah sekolah vokasional dan tahun seterusnya adik saya di Kolej Mara Kulim. Tahukah anda seminggu hidup saya bahagia tanpa seorang adik waktu itu. haha..

Sehinggalah kami menginjak remaja,tingkatan satu abah daftarkan adik di sebuah sekolah pondok,saya pula melanjutkan pengajian selepas spm. beliau tinggal di asrama dan masing masing mula berubah waktu itu. Mungkin persekitaran berasrama penuh sedikit mematangkan adik. Beliau banyak berubah,jadi pendiam. saya pun ikut berubah. Sudah tidak ada lawan untuk bergaduh.

Sekarang adik sudah berjaya, bekerja bagus walau di tengah tengah laut sana. Mengikut jejak langkah abg sulung kami. Sekejap di Sarawak sekejap di Sabah sekejap di Terengganu. Dan beliau juga lebih matang dari saya sekarang. Saya? Masih belum keluar zon selesa,masih jd anak perempuan bongsu yang mengada. 

Yang penting,berkat doa emak abah,saya dan adik jadi sahabat baik,sangat baik,malah terlalu rapat,boleh saja berborak di telefon berjam jam lamanya merepek repek pasal Jozan dan maharajalawak, bertukar tukar lagu baru, jadi pak supir saya kalau saya mahu kemana mana jika beliau bercuti. Lepak minum teh tarik di uptown sampai jam 2pg (asalkan sy sudah tidurkn puteri2 saya dan suami izinkan) haha..malah beliau banyak menjaga dan melindungi kakak kakaknya ini. May Allah bless u, Zulkiffle Abdullah.
Semalam bertungkus lumus mengemaskini blog sampai lewat malam..ehh..pagi..tapi masih belum boleh memuat naik gambar,sama macam semalam. Hancur hati lagi! Hujung hujung tahun ini sudah banyak kali hati saya hancur. Dari sebesar besar perkara sampai sekecil kecil perkara. Lemah betul saya nak masuk tahun baru nanti.haha..

Hari tu pergi IFF, turnlock Alexa saya tercabut dan hilang entah kemana betul betul di hadapan butik LV yang sedang gah dengan barisan koleksi Yayoi Kusama. Mujurlah saya bukan penggemar polka dot. errr....lari tajuk.

Beberapa minggu lepas ramai benar penjual durian berhampiran rumah saya,sampai saya naik muak. selang beberapa hari kemudian,saya teringin betul nak makan durian,serius teringin separuh gila. Malangnya,waktu itulah penjual durian langsung tak nampak batang hidung. Apakah?

Saya penggemar kopi. Tapi bukanlah kopi o versi hitam pekat itu :) Sebagai menyokong minat saya pada kopi lagi,saya gemar belikan diri sendiri mug yang besar besar,cantik2 dan sesiapa pun tidak dibenarkan guna mug saya kecualilah kalau saya bermurah hati pinjamkan. Asalnya beli banyak sebagai simpanan atas alasan anak2 saya terutama Nur Humaira' tu,selalu benar pecahkan mug saya. Sampailah baru baru ini,saya sudah kehabisan mug,guna cawan biasa biasa bancuh kopi terus tak selera bagai.Mengada! Malam itu gigih keluar beli mug baru dan gigih juga berpesan pesan dgn Humaira,minta tolong jgn pecahkan mug mama lagi. Sempatlah feeling2 guna selama 5-6 hari,hari berikutnya,saya hanya nampak serpihan mug tepi mesin basuh baju. Hati saya ikut hancur sama. Terus tanya Humaira' ,siapa buat. semua jawab "babah buat!" Ok.fine.


Wednesday, December 5, 2012

Baru berkira kira mahu updated blog dgn hasil lukisan anak2 sempena cuti sekolah ini,tiba tiba dapat warning bahawa saya sudah memenuhkan kuota 1gb yang diberikan dan tidak dibenarkan upload gambar lagi.

Hancurnya hati saya. Haruslah mencuri masa sedikit 'mencuci' blog dan menyimpan gambar2 lama di tempat lain nanti. Sebagai alternatif sekarang,kalau mahu blog masih 'hidup' dan 'fresh' nampak gaya macam kena buat novel bersiri lah dalam blog,lepas tu kena asah balik skill mengarang saya. OMG sangattt sebab sudah lama tidak bersekolah.

Btw, tahun 2013 kelak, genaplah 4 tahun saya 'berblogging' secara malas malas. Dengan 153 followers dan 33505 pageviews.Rendah bilangan untuk seorang blogger lama yang mula berblogging sewaktu facebook pun belum siapa siapa lagi.  Blog picisan,nukilan seorang ibu yang belajarnya tidaklah tinggi, pencapaian hidupnya tidaklah sehebat mana, sekadar surirumah, khidmat hanya untuk suami dan anak anak. Blog ini ruang peribadi saya, tidak mahu sebarang liputan, atas sebab itulah saya kurang gemar mahu letak button share,like atau tweet bagai. Terimakasih.

MY NUFFNANG