nn

Friday, April 20, 2012

HUMAIRA' DAN HAGEMARU

1. Semalam , belikan sepit rambut baru untuk Humaira',sepanjang malam sibuk membelek2 cermin sambil memuji2 diri sendiri, (haha) lepas tu siap cakap, "mama, babah tak boleh pakai sepit, sebab babah tu rambut otak" apa!? rambut otak?? "ye lah, rambut macam Hagemaru.." duhh...botak rupa rupanya,errr....bila masa lahh suami saya botak??


2. Humaira' tu rajin betul mandi, Nur Iman liat sikit, sebab beliau memang kurang berpeluh dan kurang aktif macam Humaira'...kadang2 bila sudah terlalu letih menjerit2 minta mandi, selalu minta tolong Humaira' saja supaya suruh kakak beliau yang 'baloq liat' itu mandi. Humaira selalu cakap begini "Hagemaruuuuuuuu!! pegi mandiiii, nanti mama Hagemaru babab nanti"....errrr....siapa Hagemaru sebenarnya?


3. Sebulan sekali saya akan memotong rambut bahagian depan Humaira' supaya tidak terlalu panjang menutup mata. Malas hantar ke salun sebab charge melampau sangat walaupun hanya untuk potongan paling mudah begitu, tiap kali menggunting, Humaira mesti pesan "mama, hati2, jangan gunting rambut saya mcm Hagemaru.." aduhhh...what lahhh!


4. setiap kali sebelum masuk tidur, saya akan minta anak2 supaya basuh muka, basuh kaki dan buang air terlebih dahulu, lepas tu siap cakap,mama takut nanti kencing malam, habislahhh..macam biasa, Humaira yang penuh dengan alasan tu terus cakap "mama, takpe, hari tu Hagemaru pun kencing atas tilam, mama dia ambik air, lepas tu lap lap." *speechless , tak pasti pula episod yang mana Hagemaru kencing malam.


Humaira' menyebut Hagemaru sebagai HA-GE-MA-GHU






Monday, April 16, 2012

TM - BUNOHAN



Bunohan yang superrrrrrr awesome!!!!! fokus utama filem tentang perebutan sebidang tanah di Bunohan. Mungkin kerana saya adalah peminat seni muay thai, loghat kelantan dan peminat hero-yang-tidak-berwajah-jambu-sambil-cuba-kontrol-hensem, maka filem ini jadi double awesome untuk saya! Sila tonton tanpa bangkitkan sebarang isu.sekian.

IMAN'S 7TH BIRTHDAY


Saturday, April 14, 2012

IMAN'S 7TH BIRTHDAY


14 APR 2005 
puteri mama, Nur Iman Megat Ahmad,
dewasa kelak, jangan pernah lupa penat jerih mama babah besarkan kalian.
susah payah mama menyusukan kakak sepenuhnya sepanjang 2 tahun 2 purnama,
terima kasih kerana selalu menjadi sahabat, teman dan pembantu mama yang palinggggg setia.
mama suka tahu tak pergi shopping dengan kakak!! you have very good taste!! adik tu taste 'nenek nenek sikit' kan,dia sendiri yg bilang...
biar kita semua sahabat selama lamanya ya!!
Nur Iman, Nur Humaira', kalian anugerah terindah dalam hidup mama!


sahabat....
pernah atau tidak anda berfikir, ujian Allah itu pelbagai, bukan hanya dalam bentuk kesusahan atau kesulitan semata...tetapi mungkin juga datangnya dalam bentuk kesenangan yang terlalu senang, kemudahan yang terlalu mudah, kebahagiaan yang terlalu bahagia dan mungkin juga kemewahan yang terlalu mewah.


berhati hatilah dengan diri dan niat masing masing...belajar bersyukur, bersederhana, jangan pernah jemu bermuhasabah diri

Friday, April 13, 2012

Sunday, April 1, 2012

MY NUFFNANG