nn

Sunday, December 30, 2012

Sepatutnya saya mengupdate blog dgn gambar dan cerita waktu remaja saya sekarang. ini adalah cubaan kali pertama update pada waktu siang..biasanya waktu tengah malam sahaja,usai kerja rumah dan uruskan keluarga. Agak mencabar kerana anak2 sedang menjalani hukuman 'tidak boleh tengok tv' sejak pagi td atas beberapa kesalahan tatasusila dan hanya dibenarkan membaca buku,melukis dan mewarna saja. Barbie pun tidak dibenarkan. Kejam. tapi saya harus jadi begitu.

Kalau sudah namanya kanak kanak yang sedang membesar. Bagilah sebesar besar hukuman pun,main tetap perkara nombor satu. Baru saya hendak memuat naik gambar sambil meniarap di atas katil, Humaira perlahan lahan sudah ada di belakang saya,memanjat dan mengajak saya bermain. Imaan pula tiba tiba sudah ada di birai katil bertanya itu dan ini sambil memegang beberapa buah buku cerita.

Terfikir mahu membebel..tapi rasa bersalah,kerana itu adalah salah satu nikmat saya menjadi ibu. Dan sedang saya menaip entri ini,Imaan dan Humaira sudahpun hilang,tiada lagi di dalam bilik,di sebelah mahupun di belakang saya dannnn.... handphone saya juga hilang,dibawa lari bersama,masuk dalam bilik mereka dan main game.. haishhhh...mati akal mahu bg hukuman apa lagi.

No comments:

Post a Comment

MY NUFFNANG