nn

Saturday, October 29, 2011

today's movies - (IN THE LAND OF WOMEN) (CASHBACK )



beli kedua2 movie ini hampir 2 thn yang lepas, tapi belum pernah tonton sebab tgk cover mcm tak menarik..ok 'don't judge a book by its cover'


rate : 8/10








rate : 8/10

PEREMPUAN ITU DAN PENGARUH JALAN JALAN CARI MAKAN


Rutin setiap Ahad, bukak tv dan tonton Jalan2 Cari Makan dgn penuh perasaan... 
Ahad 2 minggu lepas, Qi (pengacara) 'balik kampung' pi penang, pekena nasik kandaq, cheq yg tengah rindu Penang ni, telioq tgk nasik kandaq hat ada teloq sotong tu yang tak bleh tahan tu, eh...awat mami ckp Penang ni? pasai EIS baru2 ni ada menghasilkan entry dlm dialek Sabah bahh..jadi macam satu promosi ' mari buat entry dalam dialek masing2'

ok, sambung cerita Ahad 2 minggu yg lepas, pengaruh Qi makan nasik kandaq tidak sekadar di kaca tv saja, lepas daripada itu, nafsu makan memberontak minta cari nasik kandaq piorrr punya...jenuh memujuk suami yg lidahnya tempoyak friendly itu pergi mencari nasik kandar..hanya ada dua kedai nasik kandar piooorrr di K.L yg saya tahu, Nasi Kandar Padang Kota Mydin Subang dgn Nasik Kandar dekat Keramat sana..suami sanggup menapak jauh pergi ke Keramat sana semata mata tak mahu ke Mydin, takut saya terlanjur pergi membeli belah..good choice!!

Ahad minggu yg lepas, masih rutin yg sama, buka tv tonton JJCM. Qi makan bagel, kt KLCC ada bagel, nk ke Mont Kiara jauh sgt, suami malas layan sebab KLCC leceh, bosan dan crowded.. ok, tak dapat bagel. Episod yg sama,Qi mkn western food, tak igt nama, tp masih berani request nk makan western food dekat suami sambil tutup mata sebab taknak tengok muka menyampah suami..suami tak layan pn, tapi ajak tonton Real Steel kt GSC Alamanda, separuh hati berharap dpt jumpa western food yg rare dan sedap mcm Jamie Oliver masak (kakak saya ckp Jamie suka masak babi, nyampahhss) dekat Alamanda sana..ya, di sana, saya 'berjodoh' dgn  Roasted Chicken with Lemon and Butter Sauce ala ala mcm yang Jamie pernah masak dan Qi makan dlm JJCM kat Noodle Station..lemon and butter cream tu yang paling tak tahan!!! delicious sungguh!


tu diaaaa..perempuan oh perempuan!

*haishhh...berdebar tggu JJCM episod terbaru dan.....berdebar tunggu reaksi suami.. *sigh


Monday, October 17, 2011

today's movie - NIGHTMARE ON ELM'S STREET 2010




masih ingat lagi, dulu,zaman dulu2,awal tahun 90-an mula tonton filem ni edisi yg pertama pun sebab ada Johnny Depp (tp Johnny Depp tak hensem masa tu sbb mcm 'nangoi nangoi' lagi,) kakak yg sulung 'pencinta' Johnny Depp, bercita2 'mahu kahwin' Johnny Depp, sampai adik2 yg lain ni terpaksa melayan sama hampir semua filem2 JD mcm What's Eating Gilbert Grape (yg nih masih favourite saya!!) Edward Scissorhands, dan termasuklah kami terpaksa tgk tiap2 minggu siri 21 Jump Street,kesannya, sampai sekarang saya masih hafal lagu tu..ok,mari abaikan kakak saya yg sampai sekarang masih rasa bahawa JD adalah lelaki terhensem dan ter'hot...sebab...errr..memang beliau hensem pun.


ok, tonton movie ni buat kali yg kedua semlm. tp, mcm tak best sbb watak Freddy Krueger dah 'baru',bukan lg yg dulu...
rate : 9/10


haiii..saya ada koleksi filem2 Nightmare on elm streets, sapa nk pinjam!!??


"One, Two, Freddy's coming for you
Three, Four, better lock your door
Five, Six grab your crucifix
Seven, Eight, better stay up late
Nine, Ten, never sleep again"










baju baru warna biru
btw, saya bukanlah penggemar biru.



Friday, October 14, 2011



karaot? tomata? haiyakk..
pandainya anak mama!! pandai seribu kali pandai!

Wednesday, October 12, 2011

KAKAK DUA DUA

Dulu..dekat kampung abah, sebelah rumah tok saya (nenek dlm bahasa utara) ada rumah saudara yg lain, adik perempuan kepada tokwan (datuk) saya yang kami panggil sebagai tokndak...saya dengan kakak cuma beza setahun, jadi kami membesar pakai baju design yg sama, corak yg sama, tinggi kami pn sama cuma saya membesar sebagai bayi, budak dan kanak kanak gemuk yg membuatkan kami nampak seolah2 mcm saudara kembar..
berbalik kepada cerita tokndak tadi, beliau suka sangat2 dekat kami, suka cuit2 kami, sembang2 dengan kami dan gelarkan kami KAKAK DUA DUA ..tiap kali raya mesti bagi kami duit raya yang dia simpan dalam poket baju kurung.


aidilfitri, penghujung tahun 2004 yg lalu tak silap saya, kami berkunjung lagi ke rumah tokndak, walaupun tok dan tokwan saya dah lama meninggal, kami masih singgah menjenguk rmh lama /dusun tok tokwan dan terus singgah rumah sebelah melawat tokndak..saya sedang mengandungkan nur imaan ketika itu, sampai2, tokndak dah tanya, "mana kakak dua dua? yg mana satu adik, yg mana satu kakak?" saya dgn kakak yg ada di situ terharu pulak rasanya sbb tokndak ingat sgt dgn kami walaupun masa tu dia dah berumur dan tak berapa sihat sgt.masa dh nak balik, kami bersalam lagi ,tokndak dah sibuk2 tanya, "mana kakak dua dua tadi?" dan satu perkara yg membuatkan sy terharu, sedih dan teringat2 sampai sekarang, tokndak susah payah mengeluarkan duit seringgit2 dari poket baju dan bagi duit raya tu dekat saya dgn kakak...kami terkejut dan cuba menolak, tapi tokndak berkeras nk bg..saya igt lagi , abah pun mencelah sama , ckp "tak payah bagilah, depa dah tua tua dah.." tp, tokndak bagi jugak... 


sepanjang perjalanan balik asyik ingatkan tokndak, terharu sangat2..dan yg paling terharu, itu kali terakhir saya berjumpa tokndak, raya selepas itu ,seterusnya dan sampai sekarang..tak ada lagi tokndak yg baik hati, tak ada lagi orang yg nak bg saya dan kakak duit raya, tak ada lagi yang panggil kami KAKAK DUA DUA....
-Al Fatihah-




saya dua dari kiri sebelah kakak saya, belakang kami yg berambut panjang lurus itu, emak saya...gambar raya tahun 1985 (tak silap saya) berlatar belakangkan rumah tok dan tokwan.. see...'kakak dua dua' pakai baju yg sama!



 (kredit gambar : FB keluarga Haji Hashim)


Monday, October 10, 2011

9 okt 2011

teh tarik place
IOI mall 4th floor (new wing)
rate : 6/10


scary gila tgk kuning telur masin tu, ada layer2 pulak





tahukah anda berapa jam yang saya ambil untuk megupload keenam2 keping gambar di atas meggunakan Celcom ?
ya...tak lama...cumaaa....6 jam lebih dari pagi tadi lagi dan sempatlah saya tidur dengan 3 mimpi ngeri... haishh...





semalam saya, mama dan adik buat aktiviti mewarna, mama 'kedekut piang' sebab kaler pensel saya selalu dia letak tinggi2 atas almari, takut cepat habis sebab humaira suka 'makan' kaler pensel.. tiap kali nak mewarna je, mesti mama nak join, nak melukis je mesti mama nak join,tp kalau minta buat kerja sekolah saya, mama ajar sambil baring2 sambil tgk tv, mama mcm pemalas lah..ini hasil kerja kami...


INI HASIL KERJA TANGAN MAMA

INI HASIL KERJA TANGAN SAYA (nur imaan)

INI ...ERRR....HASIL KERJA 'KAKI DAN TANGAN' HUMAIRA' *sigh


hai astronaut, awak nampak biru. hehe... :P




88888888


saya pencinta nombor 8, bukan bermakna percaya pada tuah nombor 8, tidak sama sekali, cuma obses..mungkin kerana faktor tarikh lahir saya yg 'penuh' dengan nombor 8, akan tetapi,saya sedar satu perkara, sejak sekolah rendah lagi, saya langsung tak pandai menulis nombor 8 secara normal ...dan, pernah beberapa kali ditegur dan jadi bahan lawak hanya kerana, saya tak pandai menulis nombor 8 dengan cara yg betul...syukurlah Imaan pandai menulis nombor 8 dengan betul sbb dengar khabar ujian masuk kelas sekolah rendah darjah satu nanti menitikberatkan cara penulisan nombor dan huruf mengikut cara yg betul..entah betul entah tidak, mintak mintaklah tak betul sbb Imaan tulis nombor 6 dan 7 dengan cara yg terbalik..haishhh...pulak dah....macham macham!

*siapa pernah minum Teh 888? saya bukanlah penggemar teh (kecuali teh tarik) tapi,kalau teh jenama 888...mmg tak boleh tolak...lagi2 klau buat teh tarik guna brand tu..sedap yg amat sgt tak boleh nk digambarkan dgn kata2... tak pernah jumpa lagi ada dijual kat K.L ni, klau kat sebelah Utara sana, bersepah2 kat kedai runcit dn sebagainya..haishhh..menyesal tak borong byk2 balik raya baru2 ni.. :(
oh..lari tajuk sekejap..



*daifnya packaging!

today's movie - THE RESIDENT


rate : 9 out of 10
movie paling 'sexy' pernah saya tonton, syukurlah humaira' tidur awal, bolehlah tgk movie ini dgn penuh perasaan.. 


ini bukan wordless wednesday, thursday, friday dan sebagainya..



sesi mengupdate blog ala status FB :


" Isteri merupakan tulang belakang suami"....
berharap supaya saya dapat menjadi 'tulang belakang' yg bebas osteoporosis.. :P

MY NUFFNANG