suami dgn sopan bertanya berapa harga makanan , kakak yang menjual pulut sambal menjawab acuh tak acuh "5 biji 2 ringgit" ok..kami cuma mahu beli 3 biji sebab sebelum tu pun dah 'terlanjur' membeli yang bukan2.. jumlah rm 1.20. masa membayar, kami hulurkan rm2 sebab memang betul2 tak ada duit syiling masa tu..kakak tu secara tiba2 menunjukkan reaksi kurang senang dan bertanya samaada kami mempunyai duit syiling 20 sen, suami menjawab secara bergurau, "eh..tu byk duit syiling tu.." merujuk kepada pulangan baki 80 sen kami dan duit syiling beliau yang penuh seberkas itu..kakak tu sekali lagi acuh tak acuh mencuit anak beliau dan cakap "bagi je lahhh.." lepas tu terus duduk dan buat muka masam...ohh...kenapakah?? hahaa..
saya dan suami <------ speechless
ada byk kemungkinan di sini :
oh, mungkin kakak tu marah sebab kami cuma beli tiga, kan dia dh ckp rm2 utk 5 biji (dh bg hint suruh beli 5)
mungkin juga kakak tu sayang duit syiling dia yang berlambak2 tu
mungkin kakak tu moody sbb letih berpuasa <---- klise
mungkin itu, mungkin ini, mungkin bla bla bla....
haishhh..saya mahu bersangka baik sebab esok lusa mungkin saya mahu beli lagi pulut sambal itu...dan, mungkin saya harus bawa duit syiling banyak banyak.