nn

Friday, May 22, 2009

Tuesday, May 19, 2009






Madrim (Aming), pemuda yg bekrja mengambil upah mengangkut barang di pasar sentiasa merasakan dialah makhluk Allah yg paling malang. Berkawan baik dgn Kadir,bilal surau kampung mereka. Kadir lah yg selalu menasihatkan Madrim kala susah dan senang. Ditinggalkan isteri akibat kemiskinan, hutang keliling pinggang membuatkan Madrim bosan dgn hidupnya. Kadir menasihatkan Madrim selalu solat,berdoa, dan usaha kala Madrim sentiasa merungut tentang hidupnya.
Suatu ketika,Madrim berputus asa, mempersoalkan kuasa Allah sewaktu jatuh sakit dan mengapa doanya tidak dimakbulkan. Lantas, Madrim mengancam akan berpaling jika Allah tidak memakbulkan doanya dlm 3hari 3 mlm. (berani ko Aming!! masa nih cuak jerr tgk, Aming nih klau berlakon mmg superb laa..)
Madrim berkelana mencari isteri yg di cintai, hari ketiga...Madrim dipanah petir, keajaiban berlaku, Allah itu Maha Kaya.. Sebaik sedar dan diselamatkan penduduk kg berdekatan, Madrim mula menyedari yg dia memiliki kemampuan utk mecari org yg hilang hanya dgn melihat foto nya shj..Kehidupan Madrim berubah.
Tetapi, ujian Allah itu pasti...Madrim masih lg rasa kekurangan , sehingga satu tahap, Madrim kembali mencabar dan berdoa supaya kembali seperti dulu..Namun, Allah mengurniakan kebolehan kpd Madrim untuk melihat masa depan pula.Pelbagai perkara sedih dan menyayat hati yg berlaku, menariknya, Kadir sentiasa menjadi penasihat terbaik Madrim kala susah dan senang. (Kadir nasihat pn sempoi jerr..sinikal)
Akibat doa yg mengancam, Madrim hampir gila, pelbagai perkara dahsyat berlaku..
Moral cerita ini, jgn cabar Allah..bersyukur dgn apa yg ada. Allah itu Maha Mendengar. Doa tanpa usaha adalah sia sia..

*sinopsis di olah 100% hasil tulisan saya sendiri, harap maklum!


p/s: Aming berlakon dlm Maha Kasih jd lelaki lembut ep: Jgn Bilang Aku Benci Kaleng mmg best. ini baru la namanya pelakon yg hebat, tidak bersandarkan rupa paras semata2..


Friday, May 15, 2009

Tuesday, May 12, 2009

Selamat Hari Mama!!










bonda saya, siti aishah

"Terima kasih mak, mengandung, melahir, membesar dan mendidik penuh kasih sayang...Aliaah bangga menjadi anak mak..."


Untuk semua yg bergelar ibu, ummi, mama, mummy @ mak.....


Kita serumpun, sanggup bergelumang susah payah mengandung, melahir, membesar dan mendidik anak2.. HAPPY MOTHERS DAY!!!


Terima kasih Ya Allah kerana menciptakan rahim untuk wanita seperti kami...







Mama...kakak minta maaff..

hobi


.
beberapa hari yang lepas , saya marah betul dgn anak2 sebab suka sangat sepahkan rumah dan malas kemaskan bilik (padahal, itu adalah normal) mungkin kerana stress dengan beberapa perkara... melayankan perasaan marah, selepas membebel, terus saya kunckan diri dalam bilik sambil menangis teresak esak, anak2 pun menangis sama, rasa bersalah barangkali...


selepas beberapa ketika, nur imaan (anak yg sulung) mengetuk pintu bilik dan cuba memujuk saya supaya keluar dari bilik...ibu mana yg tidak lemah dengar rayuan anaknya? 


sejurus selepas pintu dibuka , nur imaan terus menghulurkan saya sketch board yg dia lukis gambar saya, dia dan adik...lakaran yang saya kira sgt berharga hasil dari rasa bersalahnya kepada saya, sambil menyebut, "mama, saya minta maaf..."


Allah, kebaikan apakah yang telah aku lakukan sehingga dikurniakan anak 'secantik' ini?





MY NUFFNANG